Cerita Mereka, Ujian Mereka, Dan Bagaimana Allah Gerakkan Jalan Pulih
Kadang saya duduk termenung selepas baca mesej-mesej yang masuk. Ada yang panjang, ada yang ringkas. Tapi semuanya ada satu benang merah — mereka semua pernah rasa penat, tapi mereka tak berhenti mencuba.
Ada seorang ibu berkongsi...
Katanya dah bertahun tak dapat tidur dengan lena. Setiap malam, fikirannya ligat, jiwanya tak pernah diam. Tapi sejak dia mula mandi malam dengan Sabun BidaMag — hanya niat, sedikit zikir, dan sabun itu — malam-malamnya jadi lebih senyap. Dia tidur awal, bangun pagi dengan hati yang tak seberat dulu. Katanya, "Saya tak tahu apa yang berubah, tapi saya rasa tenang yang saya dah lama tak rasa."
Seorang lelaki pula bercerita...
Dia selalu rasa berat. Badan letih walaupun tak buat kerja berat. Rumah rasa sempit. Anak-anak mudah bergaduh. Dia mula guna sabun ini setiap pagi, sambil dia baca Ayat Kursi dan selawat. Minggu demi minggu, dia rasa ada sesuatu yang ‘terangkat’. Rumah jadi lebih tenang. Hatinya pun tak secepat dulu naik marah.
Ada satu yang buat saya tersentuh. Seorang ibu muda hantar gambar anaknya — tidur lena selepas lama menangis setiap malam. Katanya, anaknya ada masalah tidur sejak kecil. Tapi selepas dimandikan dengan Sabun BidaMag setiap malam, anaknya mula tidur nyenyak. "Saya pun boleh rehat, ustazah," katanya. Saya cuma mampu jawab perlahan, "Alhamdulillah, semoga terus jadi asbab tenang untuk satu keluarga."
Saya tak pernah anggap Sabun BidaMag ini sebagai ‘ajaib’.
Tapi saya percaya, bila sesuatu dibuat dengan niat yang ikhlas dan disambut pula dengan hati yang berharap…
Allah akan bantu, dengan cara-Nya yang paling halus.
Moga sabun ini jadi asbab.
Bukan hanya untuk kulit,
Tapi untuk emosi yang tak stabil,
Untuk hati yang diam-diam menangis,
Untuk jiwa yang sedang mencari ruang untuk sembuh.
💚
As-Syifa
Dengan penuh kasih,
Ustazah Syifa
Tulisan dari hati, untuk hati.
📲Whatsapp Admin @Ustaz Nasihat
🛒Shopee @Syifaura HQ
📸Instagram @syifaurahq
🎵Tiktok @syifaurahq
📝Blog @Syifaurahq
▶️ Youtube @Syifaura
👍Facebook @Syifaurahq
No comments:
Post a Comment