Tidur Yang Lama Hilang, Kini Kembali
Saya masih ingat satu mesej yang saya terima dari seorang wanita — ringkas sahaja tulisannya, tapi berat isi yang saya rasa.
Katanya,
"Ustazah… saya dah lama sangat tak tidur lena. Bertahun-tahun. Setiap malam saya baring, tapi mata saya tak mahu lelap. Kadang menangis pun saya tak tahu sebab apa. Jiwa saya penat, tapi tak tahu macam mana nak minta tolong."
Saya baca ayat tu berkali-kali. Saya tahu, dia bukan satu-satunya.
Ramai di luar sana sedang hidup macam biasa… tapi hakikatnya mereka sedang bertarung setiap malam dengan fikiran sendiri.
Dia teruskan cerita,
"Saya cuba Sabun BidaMag bukan sebab saya yakin. Tapi sebab saya dah buntu. Lepas mandi malam tu… saya tidur. Betul-betul tidur. Tak terjaga. Tak gelisah. Bila bangun esok, saya rasa macam saya dah kembali jadi saya yang dulu."
Katanya, bukan sabun tu yang ajaib — tapi bila mandi sambil doa, sambil niat nak sembuh, sambil sabun tu jadi ‘penenang’, dia rasa Allah jawab doanya dengan cara yang dia tak jangka.
Saya hanya mampu senyum waktu baca mesej itu. Dan saya doa dalam hati,
"Ya Allah… jika sabun ini Kau izinkan jadi asbab seseorang untuk tidur semula, untuk menang semula dalam senyapnya… maka peliharalah dia, dan setiap hati yang sedang mencuba."
Sabun BidaMag tidak menjanjikan keajaiban. Tapi ia boleh menjadi sebab —
untuk seseorang kembali lena,
untuk seseorang kembali tersenyum,
dan untuk seseorang kembali rasa disayangi — termasuk oleh dirinya sendiri.
Satu malam yang tenang, boleh ubah seluruh esok yang akan datang.
Dengan penuh kasih,
Ustazah Syifa
No comments:
Post a Comment