Assalamualaikum tuan-puan yang dirahmati Allah
Ada satu waktu, saya sendiri pernah tertanya...
Kenapa rasa sesak, walaupun badan sihat?
Kenapa malam panjang sangat, tapi mata tak mahu lelap?
Kenapa kadang kita marah, kecewa, tapi tak tahu pun kenapa?
Dalam diam, saya sedar… banyak yang kita simpan dalam diri. Tenaga yang tersumbat, fikiran yang tak lepas, emosi yang tak terluah. Dan kita sangka cukup dengan makan ubat, urut badan, atau pergi bercuti.
Tapi pernah tak kita fikir, mungkin jiwa kita yang perlukan ‘mandi’?
Mungkin hati kita yang dah lama tak dibersihkan?
Sebab tu saya percaya, mandian itu sendiri adalah bentuk rawatan.
Bila digabung dengan niat, doa dan zikir—ia bukan sekadar basuh kotoran. Tapi ia boleh bersihkan rasa. Bersihkan beban. Bersihkan ruang jiwa yang makin sempit.
Ia bukan sabun biasa. Ia satu bentuk self-care yang bersandarkan Sunnah dan sains.
Niat dalam hati, “Ya Allah, aku mandi ini supaya aku boleh rehat malam ni, dan bangun esok dengan hati yang lebih ringan.”
Ambil sabun, usap di bahu, tengkuk, dada — tempat yang biasa kita tanggung stres tanpa sedar. Baukan betul-betul, biar lavender dan gaharu tu masuk dalam fikiran. Biarkan buihnya duduk sebentar atas kulit. Jangan tergesa-gesa bilas.
Sambil mandi, boleh zikir lembut: Ya Salam, Ya Latif, Hasbunallah…
Bila air suam tu mengalir turun, rasa macam ia bawa lari sekali segala perkara yang tak terluah sepanjang hari.
Bila Rasa Emosi Kerap Tak Stabil, Jiwa Berat Tak Tahu Kenapa
Ada juga masa… kita marah orang yang tak salah.
Kita tiba-tiba sedih tanpa sebab. Kita rasa rumah sunyi, walaupun ramai orang.
Itu biasanya tanda aura kita dah terlalu berat. Jiwa kita dah terlalu lama tak dibersihkan secara batin.
Untuk saat-saat macam ni, cuba mandi waktu pagi — lepas Subuh atau sebelum matahari naik tinggi. Waktu yang tenang, tak bising.
Sabun perlahan badan dari kepala ke kaki. Kalau rasa berat sangat, sediakan air dalam baldi, dan bacakan Ayat Kursi, Al-Falaq, dan An-Nas sebelum mandi. Baca perlahan… biar masuk dalam hati.
Masa mandi, niat:
“Ya Allah… kalau ada apa-apa yang tak baik bersamaku, yang aku tak nampak tapi terasa, Engkau sucikanlah aku dengan cara yang Engkau tahu terbaik.”
Bila selesai mandi dan pakai pakaian bersih, awak akan rasa badan tu ringan. Mungkin tak nampak, tapi hati awak tahu — ada sesuatu yang dah lepas.
Bila Hanya Mahu Tenangkan Diri
Tak semua guna sabun ni sebab ada gangguan. Ada juga yang cuma nak rasa lebih baik. Nak tidur lena. Nak jaga diri dengan lebih sayang. Nak rasa "aku ni penting juga..."
Untuk yang macam ni, awak boleh pilih waktu bila-bila. Tapi paling indah kalau malam sunyi dan hati tengah perlukan ketenangan.
Jangan lupa senyum pada diri sendiri sebelum mandi.Dan bila sabun tu kena kulit, niat dalam hati:
“Terima kasih ya Allah, kerana bagi aku ruang untuk pulih. Biar sedikit, tapi aku nak mula semula dengan lebih lembut.”
📌 Kalau mandi dengan niat ruqyah, elakkan waktu haid.
📌 Jangan bercakap benda sia-sia dalam bilik air.
📌 Dan jangan tergesa. Mandi ini untuk awak. Untuk pulihkan semula apa yang dah lama awak biar terabai.
No comments:
Post a Comment